Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat
yang kuat dan bijak berhujjah. Ia digelar Hujjatul Islam karena
kemampuannya tersebut. Ia sangat dihormati di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan
Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Ia berjaya menguasai pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Ia
juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan
mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.
Sebelum beliau memulai pengembaraan, beliau telah mempelajari karya ahli sufi
ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami. Imam
al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah mengunjungi tempat-tempat
suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir.
Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam yang telah mengharumkan nama ulama di
Eropa melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi
beliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci
kepada sifat riya, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain.
Ia sangat kuat beribadat, wara', zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan,
kepalsuan, kemegahan dan mencari sesuatu untuk mendapat ridha Allah SWT.
BY : Abidatul afifah
BY : Abidatul afifah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar